Kriteria Website & GOS 2018

Mulai tahun 2018, inisitif Provider-Based Evaluation (ProBE) dan Malaysian User Satisfaction Evaluation (MUSE) diserahkan kepada MAMPU.  Penilaian Government Online Services (GOS e-Rating 2018) akan menggantikan MUSE 2018 dan dilaksanakan bersekali dengan model baru Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian kerajaan (SPLWPDT) di mana pemarkahan bagi setiap soalan akan dicampurkan dengan kriteria keseluruhan sistem pemantauan.

Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLWPDT)

Sistem Pemantauan Laman Web dan Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (SPLWPDT) merupakan satu platform pemantauan ke atas kriteria-kriteria laman web dan perkhidmatan dalam talian yang telah ditetapkan mengikut kriteria ProBE/MUSE yang dilaksanakan sebelum ini. Skop Pemantauan ini memastikan tahap ketersediaan agensi mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam model baharu ini:

Kriteria Portal & Laman Web (Website Criteria)
  • Ease of Use (4)
  • Quality of Content (3)
  • Privacy / Security (1)
  • Responsiveness (1)
  • Accessibility (4)
  • Reliability (2)
Kriteria Perkhidmatan Dalam Talian Kerajaan (GOS Criteria)
  • Ease of Use (2)
  • Quality of Content (2)
  • Privacy / Security (1)
  • Responsiveness (4)
  • Web Design (1)
  • Accessibility (4)
  • Reliability (2)
Wishlist 0
Open Wishlist Page Continue Shopping