Prinsip Kami

  • Kepentingan pelanggan-pelanggan kami sentiasa diutamakan. Jika  pelanggan dilayan dengan baik, kejayaan akan datang dengan sendiri.
  • Kami bangga dengan menghasilkan kualiti kerja yang profesional. Kami mempunyai keazaman tanpa kompromi untuk mencapai kecemerlangan dalam segala yang kami lakukan. Walaupun kami mungkin terlibat dalam pelbagai aktiviti dengan luas dan jumlah yang banyak, jika ianya merupakan pilihan, jadi yang terbaik adalah lebih bagus dari yang terbesar.
  • Kami menekankan kreativiti dan imaginasi dalam segala yang kami lakukan. Walaupun menyedari bahawa cara lama masih boleh menjadi cara yang terbaik, kami sentiasa berusaha untuk mencari penyelesaian yang lebih baik kepada masalah pelanggan.
  • Kami menekankan kerjasama dalam segala yang kami lakukan. Walaupun kreativiti individu sentiasa digalakkan, kami mendapati bahawa usaha secara berpasukan sering menghasilkan keputusan yang terbaik.
  • Integriti dan kejujuran adalah kunci perniagaan kami. Kami menjangkakan kakitangan kami untuk mengekalkan taraf etika yang tinggi dalam segala apa yang kami lakukan, sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan peribadi mereka.

8 Sebab Mengapa Anda Patut Memilih
Aidan Creative Web Design

Kepantasan Lakaran
Draf Pertama

Kumpulan pengolah laman web kami saling bekerjasama untuk menghasilkan draf pertama laman web anda dalam hanya 2-3 minggu sahaja.

Sistem Sekuriti
Yang Tinggi

Kami mempunyai teknik kepakaran untuk melindungi laman web anda secara optimum, bertujuan meminimumkan risiko laman web anda digodam.

Kepantasan Memuat Laman Web

Kumpulan pengolahan laman web kami sudah mengenalpasti beberapa cara yang terbaik untuk menjadikan proses memuat laman web lebih pantas.

Paparan Optimum pada skrin Mobile and Tablet

Kami tahu teknik untuk membolehkan laman web anda mempunyai paparan cantik dan mudah digunakan di mana-mana telefon pintar dan Tablet.

Saluran
Interaktiviti

Selain laman web yang cantik, kami juga tahu bagaimana untuk menghasilkan laman web yang menarik perhatian pelawat sekaligus dapat meningkatkan keuntungan sesebuah organisasi.

Rekabentuk Yang
Cantik

Selain laman web yang cantik, Kami juga tahu bagaimana untuk menghasilkan laman web yang dapat meningkatkan keuntungan sesebuah organisasi.

Isi Kandungan yang
Dinamik

Dengan menggunakan ‘Joomla! CMS’, ianya amat mudah seperti menggunakan rangkaian aplikasi program computer ‘Microsoft Office’.

W3C
Compliant

Kami menggunakan sepenuhnya kelebihan teknologi web moden seperti ‘Semantic HTML markup’ dan ‘Standards Compliant CSS’.

Mengenai Kami

Aidan Technologies Sdn Bhd (Aidan Tech) adalah pembina dan pengendali laman web profesional khusus untuk kerajaan dan juga umum. Kami berpengalaman selama 10 tahun dalam membina laman web profesional dengan berpandukan ciri-ciri yang telah ditetapkan Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU).

Aidan Tech ditubuhkan pada 9 Oktober 2007, ia adalah sebuah syarikat teknologi maklumat dan komunikasi dengan kompetensi teras dalam menyediakan penyelesaian ICT. Aidan Tech bertempat di Kuala Lumpur, tetapi menguruskan projek di seluruh Malaysia, termasuk di Labuan.

Aidan Tech bangga dengan fokus pelanggan yang kukuh dan hubungan jangka panjang. Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk menghasilkan penyelesaian yang terbaik. Kemahiran tinggi dan pengalaman luas kami menjadikan kami pilihan yang tepat sebagai rakan teknologi kepada pelanggan-pelanggan kami.

Aidan Technologies Sdn Bhd adalah sebahagian dari Aidan Group of Companies dan dimiliki sepenuhnya oleh Aidan Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat pegangan pelaburan.

Wishlist 0
Open Wishlist Page Continue Shopping