Standard keselamatan laman web yang perlu dipatuhi oleh agensi kerajaan.
Privacy Policy
Pernyataan dasar privasi ialah dokumen yang menerangkan dengan jelas bagaimana laman web mengumpul, menggunakan dan mengurus data pengguna.
Syarat yang perlu dipatuhi:
1. Tagging wajib digunakan pada pautan ke halaman dasar privasi di semua bahagian laman web, termasuk laman utama.
2. Mesti ada halaman khusus untuk dasar privasi dengan tajuk menggunakan kata kunci yang ditetapkan (contoh: privasi, privacy). Tajuk ini juga perlu disertakan dengan tagging yang sama.
HTTPS Availability
Merujuk kepada ketersediaan capaian laman web melalui protokol lebih selamat, HTTPS.
Syarat yang perlu dipatuhi:
1. Agensi perlu memastikan laman web boleh diakses menerusi HTTPS.